Lawatan Timbalan Pendidikan 1 ke SMK Sinar Bintang

YB TUAN P.KAMALANATHAN a.l P.PANCHANATHAN Timb 1
Pada 30/08/2016, YB Tuan P.Kamalanathan a/l P.Panchanathan,  Timbalan Menteri Pendidikan 1 berbesar hati melawat SMK Sinar Bintang. Turut hadir dalam lawatan bersama YB, adalah En. Haji Juahir bin Mondakir, Timbalan Pengarah Pendidikan PPWS.
Objektif utama lawatan  YB adalah untuk memantau perlaksanaan program positif abc. Dalam lawatan ini, YB turut meninjau sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berlaku di sekolah dan melihat sendiri perlaksanaan program positif abc ini di dalam kelas.
Diharapkan lawatan ini dapat memberi impak positif dalam pembangunan sahsiah murid hari ini.

BICARA HALUAN MURID (HARI TEMU BUAL)

Hari Temu Bual merupakan inisiatif sekolah dalam merapatkan jurang antara pihak sekolah dan ibubapa/penjaga. Melalui aktiviti ini, ibubapa dapat mengetahui perkembangan sahsiah dan akademik anak-anak sepanjang penggal pertama persekolahan berlangsung. Manakala pihak sekolah, akan memperoleh maklum balas mengenai langkah terbaik dalam usaha meningkatkan kecemerlangan sahsiah dan akademik murid-murid.

Aktiviti ini akan berlangsung pada hari Jumaat 24 Jun 2016.

Sesi Pagi bermula jam 10.10 – 12.30

Sesi Petang bermula jam 3.30 – 5.30

Kod pakaian : Kemas dan sopan

etika-pakaian-pelawat

Kehadiran tuan/puan amat kami nantikan.

Salam Ramadhan

Alhamdullillah, Ramadhan tiba lagi dan kita diberi ruang dan peluang untuk menjalani ibadah puasa yang mulia ini. In shaa allah, semoga semua amalan kita diterima. Sedikit info mengenai ramadhan. (ehsan : https://id.wikipedia.org/wiki/Ramadan)

**************************************************************

Ramadan (bahasa Arab:رمضان; transliterasi: Ramadhan) adalah bulan ke sembilan dalam penanggalan Hijriyah (sistem penanggalan agama Islam). Sepanjang bulan ini pemeluk agama Islam melakukan serangkaian aktiviti keagamaan termasuk di dalamnya berpuasa, solat tarawih, peringatan turunnya Alquran, mencari malam Lailatul Qadar, memperbanyak membaca Alquran dan kemudian mengakhirinya dengan membayar zakat fitrah dan rangkaian perayaan Aidilfitri.

Kekhususan bulan Ramadan ini bagi pemeluk agama Islam tergambar pada Alquran pada surah Al-Baqarah ayat 183 yang ertinya:

bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan Alquran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda. Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu…
—(Al-Baqarah 2: 183)
***************************************************************
Berikutan bulan yang diberkati ini, jadual persekolahan turut mengalami perubahan. Berikut merupakan jadual perubahan persekolahan sepanjang bulan Ramadhan. ( 13 Jun – 01 Julai)
Sesi Pagi
Isnin – Jumaat    : 7.30 – 12.30
Sesi Petang
Isnin – Khamis   : 12.40 – 5.30
Jumaat                : 1.40 – 5.30

Ujian Bulanan Bakal Menjelang

Ujian Bulanan 1 bakal berlangsung mulai 22hb sehingga 26hb Februari ini. Antara tujuan utama ujian bulanan ini dilaksanakan adalah untuk menguji tahap pencapaian murid di awal persekolahan dan sebagai penanda aras kecemerlangan. Diharapkan semua murid bersedia dan berusaha untuk memperoleh keputusan yang baik.

Semoga Berjaya

Semoga Berjaya

Peperiksaan PT3 yang akan berlangsung mulai 12 Oktober sehingga 15 Oktober ini akan menguji kefahaman anak-anak didik tingkatan 3. Serentak dengan itu, peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 juga akan berlangsung. Dengan iringan doa dan restu, pihak sekolah mendoakan kejayaan menjadi milik setiap anak didik SMKSB khasnya buat murid tingkatan 3 dan 4.

Semoga segala usaha yang ditaburkan akan membuahkan kejayaan.

Karnival Kokurikulum dan minggu PPKI

Karnival Kokurikulum dan Minggu PPKI telah berlangsung dengan meriahnya sepanjang minggu lepas (07 sept hingga 12 Sept) di perkarangan SMKSB. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan dengan jayanya. Tahniah di ucapak kepada semua pihak yang terlibat. Antara aktiviti menarik sepanjang minggu ialah :

a) Perkhemahan mini unit berunifom.

b) Pameran dari pelbagai unit NGO seperti Edurider, Persatuan Pengguna, Unit Narkotik, Unit Bomba dan Penyelamat dan Unit Kesihatan dari Klinik Jinjang

c) Pertandingan Kawad Kaki antara unit berunifom yang dimenangi oleh Unit Pengakap diikuti dengan Unit Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Kadet Bomba dan Kadet Polis.

d) Pertandingan menggubah sirih Junjung, mengukir buah tembikai serta Pramusaji oleh Unit PPKI.

e) Pertandingan Master Chef dan Deko Cupcake di mana para pesertanya terdiri daripada murid aliran perdana dan aliran khas.

f) Majlis Anugerah Kokurikulum yang dirasmikan olehPengasas Restoren Ali Maju Sdn. Bhd,Dato’ JAWAHAR ALI. DIMP,AMP,KMW,ANS,PJK,

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.

 

TAKWIM PEPERIKSAAN

PEPERIKSAAN SPM

02 NOVEMBER 2015

PEPERIKSAAN PT3

12 OKTOBER 2015

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TING 4, 2, 1 DAN PER

06 OKTOBER 2015

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

17 OGOS 2015

PEPRIKSAAN PERCUBAAN PT3 BERTULIS

10 OGOS 2015

UJIAN BULANAN 2

17 OGOS 2015

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

05MEI 2015

UJIAN BULANAN 1

09 MAC 2015

JOM… KEMBALI KE SEKOLAH

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah dijalankan dengan meriahnya pada 29 Mei 2015 dengan bertemakan KEMBALI KE SEKOLAH. Warga SMKSB sangat memberi kerjasama dalam memperagakanseragam sekolah masing-masing…

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Kelab Guru dan Staff 2015 atas kemeriahan dan kelancaran majlis sambutan.

IMG-20150529-WA0000 IMG-20150529-WA0008 11377298_1587971961476192_3227115022889972068_n IMG_8008 IMG_8112 IMG_8177 IMG-20150529-WA0031IMG-20150529-WA0030

 

wild wild west

Temasya Sukan ke-15 berjalan dengan meriahnya pada 23hb Mei 2015 (Sabtu). Rumah POLARIS berjaya merangkum gelaran JUARA keseluruhan diikuti oleh rumah MERCURY, ELEKTRA, ACRUX, URANUS dan VEGA.

Tahniah diucapkan kepada semua atlit dan guru-guru yang bertungkus lumus menjayakan Temasya kali iniIMG-20150524-WA0010DSC_3468